12 Jun 2016 - 17:40
Marja' Syiah mengamalkan perintah Nabi (s.a.w)

Tokoh Sunni Iraq menegaskan tindakan Syiah memilih seorang tokoh untuk dijadikan pemimpin adalah bertepatan dengan perintah Nabi (s.a.w) sedangkan 100 orang Muslim yang mempunyai pemimpin lebih baik dari sejuta Muslim yang tidak mempunyai pemimpin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang ulama Sunni Iraq yang tinggal di UAE menegaskan, peperangan terhadap militan IS adalah wajib bagi seluruh umat Islam.

Beliau yang dikenali sebagai Ahmad al-Kubaisi berkata, "Setiap umat Islam yang terkorban dalam memerangi militan IS adalah mati syahid, barangsiapa yang mampu memerangi kumpulan ini tetapi tidak melakukannya, maka ia berdosa."

Al-Kubaisi yang muncul dalam program "Haq al-Rad" televisyen al-Sumariya Iraq menjelaskan, kumpulan pengganas IS tidak mengenali Allah dan agama Islam, manakala dari satu perspektif lain mereka adalah bahan mainan, "IS merupakan salah satu harta Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, iaitu orang yang mempunyai autoriti untuk mengawal dunia dan boleh memberikan arahan kepada para pemimpin Amerika, Eropah dan lain-lain."

Beliau juga menegaskan, Ahlusunnah Wal Jamaah Iraq tidak mempunyai rujukan ulama, "Ahlusunnah tidak mempunyai tokoh masyarakat sebagai rujukan, belum ada plan untuk memiliki tokoh rujukan."

Beliau menegaskan, Syiah Iraq bertindak memilih seorang tokoh rujukan merupakan tindakan mematuhi perintah Nabi (s.a.w). Tambahnya lagi, seratus Muslim yang memiliki pemimpin lebih baik dari sejuta Muslim yang tidak mempunyai pemimpin.